Total Pageviews

Monday 15 April 2013

TIPS MENANGANI ANAK DEMAM...CARA SAYA

 

Parents mana yg tak susah hati bila anak demam...cecepat bawak ke hospital, kalau teruk sangat sampai kena tahan wad 2-3 hari...anak baru nk naik badan sikit dah turun balik sbb demam...pada masa itu, hanya Allah tempat mengadu, berdoa supaya si kecil cepat kebah demamnya, supaya urusan yang mana tergendala dapat dilaksanakan, tak perlu cuti lagi menjaga anak yang sakit.  terfikir pada masa itu, alangkah baiknya saya menjadi suri rumah sepenuh masa sahaja, dapat menjaga anak yg demam...daripada meminta cuti dari bos yang belum tentu mahu meluluskan cuti menjaga anak sakit...

Anak saya bila demam, memang suhu dia range 38.5 - 40 darjah celcius. pernah mencapai 41 darjah celcius. Ibu mana yang tak risau. Cuma yang bagusnya, dia kekal aktif walaupun suhu dah sampai 39.3 darjah celcius. Sampai kita tak sedar suhu dia makin naik dan naik.

Terfikir juga di benak saya, betapa sabarnya parents yang menjaga anak2 yang mempunyai penyakit seperti lumpuh, yang tidak tentu masa tidurnya, makan pakainya....berbanding kita yg anak jarang2 demam ni, itupun dah mengeluh panjang...Ya Allah ampunilah dosaku Ya Allah. 

Berikut ialah beberapa langkah yang saya ambil bila anak demam:

1. selalu mandikan, anak saya suka main air...so saya biar jer dia main air supaya suhu dia turun. Akmal bila demam memang kena selalu mandikan walaupun dah bagi ubat...kadang2, kami bagi ubat punggung plus ubat minum, dah tanya doktor, dia kata boleh if suhu dah tinggi sangat...suhu Akmal nak turun amik masa dalam 2 jam, so kami mandikan dia juga.

2.  dulu-dulu, saya ikut juga petua orang tua, kata selimutkan anak, supaya cepat berpeluh. bila refer doktor, doktor kata tak boleh sebab badan budak dan orang dewasa lain. so cara untuk mengeluarkan haba berbeza...so sekarang saya pakaikan pakaian yang menyerap peluh, t shirt tanpa lengan dan seluar pendek jer.

3. ada doktor kata masa nk lap badan anak dengan towel basah, pastikan lap di bahagian-bahagian yang membolehkan suhu senang nk turun, iaitu tapak tangan, tapak kaki, celah ketiak, celah peha, dahi dan kepala. so kalau mandikan anak masa demam, pastikan tempat-tempat tersebut diutamakan.

4. lap badan anak dengan air asam jawa suam. ini anak saya lah, sebab bila guna air sejuk dia menangis, so guna air suam-suam kuku...daripada tak kena air langsung, at least lelama air tu sejuk juga. Akmal paling tak suka guna Cool Fever, memang orang kata berkesan tp bila pakaikan, tak sampai 5 saat dia akan tanggalkan.

5. baru-baru ini saya cuba guna Jerslin Oil. boleh tengok SINI. saya bukan pengedar. saya try sapu minyak ni kat badan Akmal. Alhamdulillah, turun sikit suhu badannya. walau bagaimanapun, ubat tetap bagi juga.
 


Cuti seminggu...dok di rumah ajer



8 April 2013 - 12 April 2013, saya cuti seminggu ( mid semester break)....cuti suami pn lulus seminggu jugak...so kami plan nk ke Johor jenjalan...plan nk gi JPO lg sekali (kot la kali ni jadik berkenan kat Coach ke)....nk gi Little Big Club....sambil2 makan angin...pastu plan nk balik kampung di Kelantan....nk gi Rantau Panjang, gi Besut cari seafood fresh....banyak lagi plan lain yg membuatkan saya tak sabar2 untuk menikmati cuti kali ni...

Alih-alih, anak kami demam....Allah saja yg tahu...bukan sbb takleh g berjalan...tp risaunya kami bila Akmal demam...suhu dia pernah mencecah 41.2 darjah celcius sblm ini...memang kena jaga bebetul...ubat masuk ikut punggung pn selalu kn ada...selalu kn mandikan...ambik suhu...basahkan dengan towel...sebab bila dia demam, selagi larat dia akan main jer...kita pn tak sedar suhu dia makin naik....

Seminggu Akmal demam, so kami ke Aquaria, KLCC jer pada hari Khamis 11 April 2013. Itupun dia masih blm bebetul ok lagi.

Little Big Club, kami pergi lain kali

 

 JPO pun pergi lain kali sajalah